Sembahyang merupakan suatu amalan yang wajib dan fardu ke atas umat Islam.Sepertimana firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman,yang tertentu waktunya."(Surah an_Nisa':103)
Selain daripada itu juga solat merupakan tiang agama sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesiapa mengerjakan sembahyang.bererti dia menegakkan agama dan sesiapa yang meniggalkannya beerti dia meruntuhkan agama."(Maksud Hadis)
Oleh yang demikian ibadat sembahyang mestilah diajar kepada anak-anak semenjak daripada umur tujuh tahun lagi sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Suruhla anak-anak kamu bersolat ketika usia mereka tujuh tahun.Pukullah mereka kerana tidak solat ketika usia mereka sepuluh tahun dan pisahkanlah mereka di tempat tidur."(Maksud Hadis)
No comments:
Post a Comment